Menu
Krisis_diplomatik_Qatar_2017 Reaksi diplomatikAntara 5 dan 6 Jun 2017, Arab Saudi, UAE, Yemen, Mesir, Maldives, dan Bahrain secara berasingan mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar.[7][8][3][4]
Setakat 7 Jun 2017, sembilan buah negara berdaulat telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar.[9][10]
Kerajaan Libya yang berpusat di Tobruk mendakwa telah menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar meskipun tidak mempunyai perwakilan diplomatik di negara itu.[12][13][14] Kerajaan sementara Libya adalah berpusat di timur Libya dan merupakan salah sebuah daripada tiga buah kerajaan Libya yang bersaing.[lower-alpha 1]
Kesemua negara-negara GCC yang terlibat telah mengarahkan warganegara mereka agar keluar daripada Qatar.[5] Tiga buah negara-negara Teluk (Arab Saudi, UAE, dan Bahrain) memberi tempoh dua minggu kepada pelancong dan penduduk Qatar supaya meninggalkan negara mereka.[17] Kementerian Luar Bahrain dan Mesir memberi tempoh 48 jam kepada para diplomat Qatar untuk meninggalkan negara mereka.[18][4] Qatar juga dibuang daripada pakatan campur tangan yang diketuai oleh Arab Saudi di Yemen.[17]
Arab Saudi dan UAE telah memaklumkan agen-agen pelabuhan dan penghantaran agar tidak menerima kapal-kapal Qatar atau kapal-kapal milik syarikat atau individu Qatar.[19] Arab Saudi juga menutup sempadan dengan Qatar.[19] Iran menawarkan untuk menghantar bekalan makanan ke Qatar.[19] Arab Saudi menghadkan ruang udaranya kepada Qatar Airways. Sebaliknya, Qatar telah melencongkan penerbangan mereka ke Afrika dan Eropah melalui Iran.[20] Bank Pusat Arab Saudi menasihatkan bank-bank mereka untuk tidak berdagang dengan bank-bank Qatar menggunakan matawang Riyal Qatar.[21]
Hamad Saif al-Shamsi, Peguam Negara Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan pada 7 Jun bahawa sebarang bentuk percetakan yang mengzahirkan simpati kepada Qatar melalui media sosial, atau sebarang jenis tulisan, visual atau bentuk lisan adalah dianggap haram di bawah Kod Penal Persekutuan UAE dan Undang-undang Persekutuan dalam melawan Jenayah Teknologi Maklumat. Penentang yang didapati bersalah akan dipenjarakan antara 3 hingga 15 tahun, denda sehingga 500,000 dirham emirati ($136,000) atau kedua-duanya.[22][23] Bahrain juga mengeluarkan kenyataan serupa dengan penalti sehingga 5 tahun penjara dan denda.[24]
Kuwait yang menjadi orang tengah di Riyadh telah membawakan satu senarai tuntutan Saudi kepada Qatar. Ia termasuk menamatkan semua hubungan dengan Iran dan mengusir kesemua anggota Hamas dan Ikhwanul Muslimin, membendung kebebasan al-Jazeera, menghentikan “campur tangan” dalam hubungan negara-negara luar dan menghentikan dana kepada pertubuhan pengganas.[25]
Setakat 10 Jun 2017, lima buah negara telah menurunkan status hubungan diplomatik dengan Qatar tanpa menamatkan hubungan sepenuhnya.
Menteri Luar Qatar mengkritik sekatan ini dengan mendakwa ia menjatuhkan kedaulatan Qatar.[17]
Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, berkata kenyataan oleh Saudi berkenaan Qatar adalah bercanggah: pada satu sisi, Arab Saudi mendakwa Qatar telah menyokong Iran, tetapi pada sisi yang lain, ia mendakwa Qatar mendanai para ekstremis Sunni berjuang menentang Iran.[30]
Menu
Krisis_diplomatik_Qatar_2017 Reaksi diplomatikBerkaitan
Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 Krisis Kewangan Asia 1997 Krisis Israel-Palestin 2021 Krisis hutang kerajaan Yunani Krisis diplomatik Qatar 2017 Krisis ekonomi 2008 Krisis tebusan Sydney 2014 Krisis politik Perak 2009 Krisis Israel-Lubnan 2006 Krisis iklimRujukan
WikiPedia: Krisis_diplomatik_Qatar_2017 http://www.news.com.au/finance/work/leaders/why-sa... http://www.afr.com/news/world/standard-and-poors-d... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/gazans-worri... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-diplom... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-diplom... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-justif... http://allafrica.com/stories/201706080163.html http://www.arabianbusiness.com/emirates-post-group... http://www.bbc.com/news/world-middle-east-40046782 http://www.bbc.com/news/world-middle-east-40155829